TEMPAHAN BUKU PBAKL BATCH 2 ( BUKU AKAN DIPOS PADA HARI BEKERJA DALAM MASA 48 JAM SELEPAS MEMBUAT BAYARAN))
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 32.00
Kongsi
Blurb Pemilik Hati Rania
Blurb
Rania Daneen kehidupannya tidak seperti kanak-kanak yang lain. Disebabkan kekurangan dirinya, dia turut menjadi mangsa kebencian ayah kandung sendiri. Dunianya hanya ada ibu yang sanggup berkorban demi Rania.
Namun saat Puan Junaidah tak mampu untuk menyempurnakan kehidupan mereka, Rania dan ibunya terpaksa bergelar gelandangan. Selama bertahun tinggal di bawah jambatan, tiba-tiba ada insan yang sanggup membawa mereka tinggal di rumah mereka.
Siapa sangka kehadiran Rania di rumah itu telah menarik perhatian anak sulung Datin Arissa. Buat pertama kalinya Haizal tertarik untuk mengenali seorang gadis.
“Siapa nama awak?”- Haizal
“Err... Rania Daneen. Panggil Kak Nia.”- Rania
“Haizal Naim. Jangan lupa nama saya.”- Haizal
Cinta tak mengenal usia. Dalam diam, Haizal jatuh cinta terhadap gadis itu. Namun Rania sedar diri di mana tempat asalnya. Puas dia mengelak namun hatinya tetap dimiliki oleh Haizal.
“Abang nak yang terbaik untuk Zal.”- Dato’ Haris
“Abang jangan lupa, antara Rissa dan Nia, kami sama. Bezanya Nia masih beruntung ada ibu tapi Rissa…hanya sebatang kara di dunia ini.”- Datin Arissa
Mana mungkin Rania mahu teruskan hubungan mereka saat dihalang oleh syurga Haizal. Malah dia tidak mahu menyakiti insan yang telah berbudi kepadanya.
“Maafkan Nia, Dato’. Nia janji akan pastikan Zal lupakan Nia. Nia sedar diri. Selama ni Dato’ dan Datin sudi kutip kami, kami dah cukup bersyukur.”- Rania
Apakah yang dilakukan oleh Rania agar hubungan mereka tamat? Dan benarkah bukan Haizal pemilik hati Rania?
Blurb Troublemaker couple
Bergelar ibu tunggal, bukan satu perkara yang membanggakan buat Seha. Demi anaknya, dia sentiasa pastikan kehidupan Nuh selesa. Namun kehidupannya tidak pernah tenang selepas kejadian lapan tahun yang lepas.
Di saat dia ingin mengubah nasibnya di tempat kerja baru, Seha bertemu kembali dengan masa silamnya. Lelaki yang pernah dia khianati.
“Dari dulu sampai sekarang kerja kau asyik nak menipu. Kau ingat aku nak percaya lepas apa yang kau buat dalam hidup aku dulu?”- Baim
“Umur dah tua bangka, masih lagi nak bersikap seperti budak. Kau jangan salah guna kuasa nak pecat aku.”- Seha
Perjalanan Seha di tempat kerja baru sangat mencabar. Setiap hari dia terpaksa berhadapan dengan lelaki yang terlalu bencikan dirinya. Pantang berjumpa, ada saja perkara yang menyakitkan hati. Namun di saat Seha berhadapan dengan musibah, Baim yang datang menghulurkan bantuan.
“Doa kau dah termakbul. Memang hidup aku dah hancur sekarang.”- Seha
Aku tak pernah sekali pun doakan hidup kau jadi macam ni.”- Baim
Baim tak pernah menduga kehidupan Seha begitu tragis. Dia fikir selama ini kehidupan wanita itu lebih baik darinya. Namun sebaliknya yang berlaku.
Muncul lelaki itu dalam hidup mereka kembali, buat Seha dan Baim tak mampu berdiam diri. Disebabkan lelaki yang sama juga, kehidupan Seha dan Baim musnah.
“Aku dah buat keputusan. Daripada aku kena paksa kahwin dengan jantan tak guna tu, aku lebih rela kahwin dengan kau.”- Seha
Adakah keputusan berkahwin mampu mencipta bahagia sedangkan di antara mereka ada sejarah yang menyakitkan? Dan apakah yang berlaku dalam kehidupan mereka pada lapan tahun yang lepas?
Blurb Kekal
Empat tahun bergelar isteri kepada lelaki sempurna seperti Quds Dzarif, Milia fikir dialah wanita paling bahagia. Pada mata orang sekeliling, mereka dianggap pasangan paling ideal.
Namun tiada siapa yang tahu hati seorang isteri sudah banyak terluka dengan sikap acuh tak acuh seorang suami. Dia hanya diberi kemewahan dari segi wang ringgit tapi hidupnya sunyi tanpa kasih sayang.
Milia tak nak terus menyakitkan hati sendiri. Pada masa yang sama, dia tidak mahu lelaki yang paling dicintai berdosa dengan mengabaikan dirinya. Lalu satu keputusan nekad dilakukan demi masa depan mereka.
“Milia nak bercerai.” - Milia
“Baik. Kita jumpa di mahkamah.” - Quds Dzarif
Dia yang meminta tapi hatinya yang sakit apabila lelaki itu langsung tidak pertahankan dirinya. Apa lagi yang dia harapkan jika sudah terang hati lelaki itu bukan sepenuhnya miliknya?
Namun saat perpisahan berlaku, tiba-tiba sikap Quds berubah mendadak. Lelaki itu muncul dalam versi yang berbeza dalam hidup Milia sehingga dia keliru apa sebenar perasaan Quds terhadap dirinya.
“Kenapa baru sekarang abang nak pertahankan?” - Milia
“Better late than never, sayang.” - Quds Dzarif
Apakah kesudahan rumah tangga Milia dan Quds? Dan benarkan selama mereka berkahwin, hanya Milia bertepuk sebelah tangan?
Blurb Dominan
Lebih 10 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih hati, tidak menjaminkan hubungan mereka hingga ke pelamin. Itulah yang berlaku kepada Hasya saat dia dikhianati oleh kekasih hati.
“Hil janji nak kahwin dengan Sya. Hil…”- Hasya
gan buat kecoh dekat sini. Ya, saya salah sebab tinggalkan awak. Saya tak boleh nak tipu diri sendiri.” – Hilmi
Malam itu Hasya hampir meragut nyawa sendiri. Namun tak disangka malam itu juga hidupnya berubah sekelip mata di tangan musuh Hilmi.
“Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni?”- Hasya.
“Sebab kau perempuan kesayangan Hilmi.”- Dhafiq
Demi maruahnya, dia diberi pilihan oleh lelaki itu untuk berkahwin atau melupakan malam jahanam itu.
Hasya dalam dilema. Dia tidak mahu hidup di sisi lelaki yang bencikan dia hanya disebabkan Hilmi. Namun disebabkan satu kejadian, Hasya nekad menerima lamaran Dhafiq.
“Tawaran awak tu, masih ada lagi ke?”- Hasya
“Maksud kau… jadi isteri aku?”- Dhafiq
Hasya fikir hidupnya akan menderita selepas bergelar isteri kepada lelaki dominan itu. Ternyata dia silap. Satu demi satu rahsia yang terbongkar berkenaan hidup Dhafiq.
Tanpa sedar, rasa sayang itu wujud buat lelaki itu. Malah dia sanggup melindungi Dhafiq dari ancaman keluarga sendiri.
“Kali ini dia ada saya. Mungkin saya tak ada kuasa seperti Datin tapi saya akan pastikan dia selamat selagi saya bergelar isteri Ryan Dhafiq.”- Hasya
Apakah yang berlaku kepada Dhafiq sehingga dia menjadi lelaki dominan di dalam hidup Hasya? Dan adakah mereka bahagia melalui perkahwinan yang dirancang oleh Dhafiq sendiri?
Blurb Faraway Sunshine ( Penulis Maisarah)
“Dah tak ada perempuan lain kau nak jadikan isteri? Ke kau memang tak pernah bercinta? Yelah hari-hari menghadap lembu, mesti tak ada masa dengan diri sendiri!” -Dahlia Danisha
“Aku nak kahwin dengan kau sebab aku nak harta arwah Tok Ayah. Kalau aku nak jadi pewaris tunggal, aku kena tunaikan wasiat dia. Kita kena bersatu sebagai suami isteri!” – Umar Luqman
Tidak mempunyai pilihan, kedua-duanya bersatu juga sebagai suami dan isteri. Umar tersepit antara wasiat manakala Dahlia mahu membuktikan dirinya bukan anak manja. Sebagai isteri kepada petani serta penternak, Dahlia mengalami waktu yang sukar untuk menyesuaikan diri di kampung, jauh daripada kemewahan.
“Umar! Kenapa buruk sangat rumah ni! Macam nak runtuh aku tengok! Aku tak nak tinggal di sini. Aku nak duduk dengan umi, abah.” -Dahlia Danisha
“Ayah kau nak aku ajar kau berdikari. Takkan hari pertama kau di kampung, kau dah nak buat perangai?” – Umar Luqman
Status Dahlia sebagai isteri kepada Umar tidak pernah direstui oleh nenek Umar, Puan Bainun kerana wanita itu mempunyai calon lain yang dikatakan lebih baik.
“Dewi bertudung, hormati orang tua juga. Tak seperti Dahlia yang terbawa gaya orang putih, mentang-mentang belajar di sana. Kita kena fikir cara untuk pisahkan Umar dengan Dahlia.” – Puan Bainun
“Kau ingat aku perempuan bodoh, lemah yang hanya tahu menangis. Aku Dahlia Danisha! Aku isteri Umar Luqman! Aku akan pertahankan rumah tangga aku. Kau sepatutnya cermin diri kau. Kau atau aku yang perampas!” – Dahlia Danisha
Mampukah rumah tangga yang awalnya tanpa cinta dipertahankan? Dapatkah Umar mengubah Dahlia yang tak boleh hidup tanpa kemewahan kepada seorang isteri lelaki kampung yang tidak memandang nilai mata wang. Di hati Dahlia pula, adakah ada cinta untuk Umar, lelaki yang dibenci sejak pertemuan pertama lagi?
Blurb His Dolce: Rose's
Kisah hidup Mawar seperti Cinderella. Sejak dari kecil, dia membesar bersama keluarga tiri. Selepas arwah ayahnya pergi, kehidupan Mawar terus diuji dengan sikap ibu tirinya yang kejam.
Selepas dia berjaya menamatkan pelajaran, Mawar pulang ke rumah dengan harapan dapat berbaik dengan keluarga tirinya. Namun lain pula yang berlaku apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan Puan Medina.
Pertemuan tanpa diduga di antara Zakhwan dan Mawar, menimbulkan banyak perkara yang tidak sengaja. Lebih-lebih lagi apabila Zakhwan bergelar majikannya.
“Kenapa dengan muka kau?”- Zakhwan
“Tak ada apa-apalah. Saya jatuh katil semalam. Sebab tu dapat lebam ni,”- Mawar
Sebaik saja Zakhwan tahu penderitaan Mawar, lelaki itu nekad untuk berkahwin dengannya. Mawar yang mahu hidup bahagia, menerima lelaki itu.
Adakah perkahwina mereka akan bahagia walaupun mereka berkahwin tanpa cinta? Dan apakah punca Puan Medina sangat bencikan Mawar sehingga sanggup menghancurkan rumah tangga anak tirinya?
Blurb Tewas
Tisya pernah menanam impian untuk hidup di sisi Ungku Yazid. Lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Di saat mahligai mereka hampir terbina, satu kebenaran terbongkar yang mengubah kehidupan Tisya menjadi gelap gelita.
“Abang… jangan buat Tisya macam ni? Kita dah nak kahwin. Semua persiapan kita dah buat, abang. Tolong, abang. Tisya rayu. Jangan tinggalkan Tisya.” -Tisya
“Selama dua tahun ni, I paling benci keluarga you. Lebih-lebih lagi you!”- Ungku Yazid.
Hanya disebabkan dendam kedua orang tua mereka, Tisya perlu menanggung derita. Paling sakit, apabila dirinya dibuang seperti sampah. Setelah dia berjaya hidup tanpa lelaki itu, tiba-tiba dia muncul dengan permintaan yang tak masuk akal.
“Jangan terlalu yakin Ungku Yazid. Perasaan aku dah mati setahun yang lepas. Macam mana maruah aku dipijak, macam tu juga hati aku hancur dipijak oleh kaki tuan sekeluarga!”- Tisya
“Be my wife, Tisya. Hanya cara ni Tisya mampu balik ke tempat asal.”- Ungku Yazid
Tisya tertekan. Dia yakin lelaki itu ada agenda. Peluang ini diambil untuk dia membalas dendam. Jika dulu lelaki itu berjaya menghancurkan kehidupannya, kini giliran dia menewaskan Yazid. Dia mahu membalas setiap penderitaan yang pernah diberi oleh lelaki itu dulu.
“Abang takkan mengalah untuk tawan hati Tisya. Dan abang yakin abang akan menang.”- Ungku Yazid
“Jangan terlalu mendabik dada Ungku Yazid. Tisya yang ada di hadapan awak sekarang, tak sama seperti dulu. Mungkin saya bodoh tapi saya takkan biarkan diri saya diperbodohkan oleh lelaki seperti awak. Saya takkan tewas dalam pertarungan kita.”- Tisya
Apakah dendam yang menjadi punca mereka bermusuh? Dan siapakah yang bakal tewas dalam pertarungan dendam mereka?
BLURB SETIA ITU MAHAL
Pertemuan antara Ajmal dengan Nabihah tidak bermula dengan baik. Akibat satu kejadian, mereka berdua sering bertikam lidah. Betullah kata pepatah, jangan terlalu membenci kerana tidak mustahil hati akan berpaling.
“Tak kisahlah apa niat awak. Cukup setakat itu. Saya tak selesa. Kita berdua ni nak kata berkawan pun bukan. Jauh sekali ada hubungan yang rapat.” - Nabihah
“Ehmmm… faham. Jadi awak tak selesa sebab kita tak ada apa-apa hubungan. Jom bercinta dengan saya?” - Ajmal
Ajmal semakin mendekat setiap kali Nabihah menjauh. Bertahun berusaha, akhirnya cinta lelaki itu disambut baik. Malah, hubungan mereka direstui oleh keluarga sehinga mereka disatukan dalam ikatan yang halal.
“Bihah tak harapkan wang ringgit abang. Yang Bihah nak daripada abang, kesetiaan dan kasih sayang abang.”- Nabihah
“Baru hari pertama kita berkahwin, takkanlah abang nak duakan sayang.”- Ajmal
Disangkakan bahagia mereka akan berkekalan. Setelah beberapa tahun hidup bersama, Nabihah jatuh terduduk apabila mengetahui penipuan si suami.
“Sakit sangat, abang. Kenapa abang tak bunuh aje Bihah sekarang?”
“Abang minta maaf. Abang tak tahu macam mana lagi nak sembuhkan hati sayang.”
Apakah kesetiaan masih menjadi milik Ajmal dan Nabihah?
BLUR MENGEJAR CINTA DUDAKU REVAMP
I'm sorry Revamp (Sekali cetakan saja)
Ezza Kirana dan Uzzam Nufail…
Takdir menemukan mereka menjadikan mereka saling bergantung di antara satu sama lain demi mencapai impian masing-masing.
Bagi Nufail, kehadiran isterinya membuatkan hidupnya lengkap dan perjalanan hidupnya berjalan lacar. Tapi tidak untuk Ezza. Selepas berkahwin, kerjayanya sebagai model sering dikaitkan dengan nama suaminya yang merupakan pereka fesyen terkenal. Ditambah pula mereka terpaksa tinggal berjauhan menyebabkan Ezza kesunyian dan tawar hati untuk meneruskan perkahwinannya.
Ezza mula menuntut perpisahan. Alasan tidak sefahaman diberikan kepada si suami. Nufail kecewa. Demi menyelamatkan rumah tangganya, Nufail korbankan kerjayanya dan pulang ke Malasyia.
Di saat perkahwinan mereka hampir terlerai, Ezza terlibat dalam kemalangan. Nufail yang tetap setia di sisi isterinya merayu agar perpisahan mereka tidak akan terjadi.
“Janji dengan Ezza dulu. Abang takkan tinggalkan Ezza tak kira apa yang bakal berlaku dalam hubungan kita kelak. Tolong… tolong berikan Ezza jaminan yang abang takkan tinggalkan Ezza.”- Ezza
“I promise, sayang. I promise.”- Nufail
Peluang kedua yang diberikan kepada Ezza sangat dihargai oleh Nufail. Ezza dilayan umpama menatang minyak yang penuh. Namun saat rahsia hitam isterinya terbongkar, Nufail jatuh tersungkur ke tanah.
“Aku tak mampu nak pandang muka kau sekarang. Setiap kali aku tengok muka kau, aku akan bayangkan kau berzina di belakang aku.”- Nufail
“Tak, abang. Demi Allah. Ezza tak pernah berzina di belakang abang.”- Ezza
Hukuman yang dikenakan ke atas Ezza sekelip mata mengubah kehidupannya. Ditambah pula dengan kemunculan Adya di sisi suaminya, makin meranapkan impiannya untuk kembali ke sisi Nufail.
Jika perpisahan membahagiakan Nufail, Ezza reda…
Kerana dari awal lagi dia sedar, dia bukan yang terbaik untuk Nufail.
Peluang Untuk Bahagia
Zulaikha bukanlah gadis selembut seperti namanya. Sikap kasarnya yang persis seperti lelaki membuatkan dia sering dijadikan buah mulut di kampung. Dalam diam, dia menaruh hati terhadap abang tiri rakan baiknya. Bertahun-tahun dia memendam perasaan cinta sehinggalah dia berani untuk berterus terang.
“Tak! Ika tak main-main. Ika sukakan abang. Bukan setakat suka tapi Ika sayangkan abang. Ika nak abang jadi kekasih Ika dan bakal suami Ika.”- Zulaikha
“Jangan jadi bodoh sebab cinta. Ika masih muda. Ada banyak perkara lagi yang Ika boleh buat untuk banggakan walid dan umi. Tentang perasaan Ika tu, saya tak boleh terima. Maaf.”-Yusof
Penolakan lelaki itu membuatkan dia tercabar. Zulaikha tekad untuk mendapatkan Yusof. Dia sanggup membuat kerja gila sehingga menyebabkan keluarga Yusof melamar Zulaikha.
Namun bahagia yang ingin dibina bersama Yusof musnah sekelip mata. Nazri hadir menyelamatkan maruah Zulaikha. Di saat Zulaikha sudah dapat menerima Nazri, satu peristiwa hitam terpalit dalam hidupnya.
Kepulangan Yusof hanya menambahkan lagi luka yang sedia ada. Kali ini giliran Yusof berhadapan dengan perasaan resah. Dia tidak mampu untuk terus berjauhan dengan wanita itu lagi.
Saat kasih Yusof disambut, kebenaran terbentang di depan matanya. Luka di hati Zulaikha kembali berdarah. Cukuplah dia terus mengemis di sisi lelaki itu.
“Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, makin jauh Yusuf darinya, ketika Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Yusuf kepadanya. Begitulah dengan abang. Allah dah terbalikkan hati abang untuk mencintai Ika. Tolong jangan jauhkan diri dari abang.”- Yusof
Apakah rahsia yang disimpan oleh Yusof selama ini? Dan masihkah ada peluang untuk Yusof membahagiakan Zulaikha?
Kembalikan Rasa Itu
Raudah dan Johan… Pasangan sepupu yang membesar bersama-sama. Kehadiran Johan membuatkan hidup Raudah tidak pernah sunyi setelah dia kehilangan ibu dan bapanya.
Bertahun mereka tinggal bersama, perasaan cinta berputik dalam hati masing-masing. Hubungan mereka terpaksa dirahsiakan daripada ibu bapa Johan. Tiba masanya, Johan terpaksa berterus terang sebelum mencapai impiannya.
“ An dan Ara dah lama bercinta. Kami saling mencintai.” - Johan
Pengakuan Johan membuatkan kedua ibu bapanya terkejut. Demi amanah yang dipikul oleh Encik Jamal, dia merestui hubungan itu dan memaksa Johan bernikah sebelum mencapai impiannya.
Raudah sangka dia yang paling bertuah. Namun mimpi ngeri muncul dalam hidupnya apabila ditinggalkan oleh Johan sehari sebelum majlis pernikahan mereka.
Raudah hidup dalam kebencian. Dia nekad untuk melupakan Johan dan takkan kembali ke sisi lelaki itu lagi. Tapi takdir menemukan mereka sekali lagi setelah masing-masing berjaya mencapai cita-cita.
“ I really miss you, Ara.” - Johan
“ Aku tak kenal kau siapa. Aku Raudah, bukan Ara.”- Raudah
Maka bermulalah perang dingin antara mereka berdua. Yang seorang ingin mendekat, seorang lagi ingin menjauh. Sejauh mana Raudah cuba mengelak, akhirnya dia dipaksa bergelar isteri Johan disebabkan salah faham.
“ Aku tak nak teruskan perkahwinan tanpa rasa cinta. Cukup untuk enam bulan masa yang aku bagi.” - Raudah
“Kalau itu yang Ara nak, An setuju.” - Johan
Mampukah Johan mengembalikan rasa cinta dan sayang dalam hati Raudah terhadapnya? Dan benarkah cinta Raudah buat Johan sudah lama mati?
DEAR MRS MONSTER
Seif Laith,
Dia lelaki berkerjaya tetapi dingin. Kehidupannya tak seindah yang dilihat kerana sering menerima ancaman dari musuh ketatnya.
Anna Leandra,
Gadis lurus yang bekerja kuat demi menyara keluarganya. Siapa sangka pertemuan di antara mereka berdua menjadikan kehidupan Anna berubah. Demi keselamatan Anna, Seif terpaksa meletakkan gadis itu di bawah jagaannya.
“Ehmmm... orang-orang aku cakap, taste kau memang low class. Tak sangka lelaki yang tak ada perasaan macam kau ni, ada keinginan nak bercinta.”- Nico
“Aku lelaki normal. Tak salah kalau aku ada perempuan.”- Seif a.k.a Monster
“Jadi betullah gosip yang aku dengar. Monster dah dilamun cinta.”-Nico
Keadaan menjadi semakin rumit apabila keluarga Anna diserang tanpa belas kasihan. Hanya gadis itu yang terselamat. Anna bencikan Seif. Disebabkan lelaki itu, dia hidup sebatang kara.
“Saya merayu. Hanya tuan yang boleh jadi saksi saya.”- Anna
“Satu cara yang kau boleh buat untuk balas perbuatan mereka. Balas dendam dengan tangan kau sendiri.”- Seif
Atas bantuan Seif, Anna bersetuju untuk mencari bukti kematian ahli keluarganya. Namun semakin lama dia berada di sisi Seif, ada perasaan asing yang wujud. Namun perasaan itu terpaksa dipendam disebabkan syarat yang diberikan oleh Seif.
“Jangan sesekali jatuh cinta dengan aku.”- Seif
Mampukan Anna membalas dendam atas kematian keluarganya? Dan benarkah tiada ruang di hati Seif untuk Anna Leandra?
BADASS WIFE UNGKU JABBAR
Ungku Jabbar…
Sejak bergelar anak yatim piatu, hidupnya berubah. Demi Jiyad, Jabbar sanggup korbankan segalanya. Namun kemunculan seorang gadis di sisi Jiyad, buat Jabbar tak senang hati. Dia tahu gadis itu berniat jahat terhadap si adik.
“Perempuan tu tak sekufu dengan kita. Dia tak layak. Kalau sekadar untuk suka-suka dan isi kekosongan masa Jiyad, along benarkan kamu berdua berkawan.”- Ungku Jabbar
Itu kata muktamad Jabbar. Dia yakin dengan arahan itu Jiyad tak akan membantah. Tapi lain pula yang berlaku setelah Jiyad betul-betul tinggalkan gadis itu. Munculnya gadis itu buat hidup Jabbar menjadi huru hara.
Dia diminta untuk bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Demi menutup aib Jiyad, Jabbar tiada pilihan.
“Sekali kau dah masuk dalam hidup aku, aku akan buat kau menyesal seumur hidup.”- Ungku Jabbar.
“Dan saya tak sabar nak masuk dalam hidup Ungku. Pasti menarik bergelar isteri kepada lelaki paling sempurna seperti Ungku Jabbar.”- Nilam
Bergelar suami kepada Nilam tidak semudah yang dijangka. Wanita itu kuat melawan dan sering mencabar kesabarannya. Setiap kali dia mahu mengenakan si isteri, dia pula yang terkena.
“Perempuan macam kau tak layak untuk lahirkan zuriat aku.”- Ungku Jabbar
“Kenapa pula saya tak layak? Saya kan isteri Ungku.”- Nilam
Walaupun hampir setiap hari bergaduh, hati masing-masing sudah mula terusik. Sehinggalah Jabbar hampir rebah ke bumi saat menerima kenyataan sebenar. Munculnya Jiyad kembali menambahkan masalah dalam rumah tangga mereka.
“Saya akan minta along lepaskan awak. Kita kahwin.”- Ungku Jiyad
“Aku tak bodoh nak lepaskan jerung besar berbanding diri kau yang tak ada apa-apa.”- Nilam
Jiyad terus mendesak untuk bersama kembali. Mana mungkin dia akur sedangkan hatinya sudah berubah sejak bergelar isteri Jabbar. Saat sekali lagi dia dihidangkan dengan pengkhiantan seseorang, Nilam tak mampu lagi hidup di sisi Jabbar.
“Tolong, Ungku. Saya merayu. Tolong biarkan saya pergi.”- Nilam
“Baik. I izinkan you pergi dari rumah ni. Tapi itu tak bermakna I lepaskan you.”- Ungku Jabbar
Apakah yang akan terjadi di antara Jabbar dan Nilam selepas mereka berjauhan? Dan benarkan di antara mereka sudah ada satu rasa yang terjalin?
Piah Di Hati Mr Beku
Kerana dinginnya Farhan, Nur Sufiah menyangka abang sepupunya itu membenci dirinya. Walaupun tahu atas dasar simpati kerana dia anak yatim piatu, namun lamaran keluarga Farhan yang mahukan Piah sebagai menantu disambut dengan hati yang terbuka. Malah Piah telah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan Aidil, si Mr Beku. Setelah berkahwin, Piah tinggal di rumah kediaman siswi di UUM.
“Hari ni, ada tak pensyarah tu datang?” - Piah
“Pensyarah tu lelaki ke perempuan?” - Iris
“Lelaki dan serius giler. Muka tu ketat je sepanjang mengajar. Tak pasal-pasal, kelas kawan aku gelar dia Mr.Beku…” – Fatin
Piah tersentak.
Keadaan bertambah rumit apabila Farhan rupanya mengajar sebagai pensyarah UUM di fakulti tempat Piah belajar. Farhan berlagak tidak mengenali Piah. Dan Piah juga begitu. Semakin lama, Piah gagal membaca hati dan perasaan milik suaminya.
“Abang kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?” - Piah.
“Boleh diam tak?! Abang dahlah penat baru balik kerja. Jangan nak serabutkan lagi fikiran abang…” - Farhan
Ada sebuah rahsia besar yang tersimpan, yang tidak perlu Piah ketahui. Di hati Farhan, nama Piah semakin tercatat kemas. Farhan tahu dia telah banyak melukakan hati si isteri. Lalu bagaimana caranya untuk mengubati jiwa Piah yang telah tercalar luka?
“Abang nampak Piah masa tu.” - Farhan
“Abang marah Piah keluar dengan Azlan?” – Piah.
Baru sahaja hubungan mereka hampir bertaut, Piah terpukul dengan rahsia yang disembunyikan oleh keluarga Farhan. Sesaat Piah tahu dulu Farhan pernah hampir bertunang dengan wanita lain sebelum perkahwinan mereka, kebencian Piah semakin menggunung tinggi!
“Kenapa abang kahwin dengan Piah? Kenapa bukan dengan Kak Maira? Apa lagi yang abang tipu Piah?” - Piah
“Terpulang pada Piah nak buat apa lepas ni. Abang dah tak peduli. Ini yang Piah nak kan?” – Farhan
Apakah rahsia yang disimpan oleh Farhan? Adakah Farhan masih menyayangi Humaira? Dan siapakah Piah di hati Farhan Aidil?
Blurb Hilang
Sebaik saja dia sedar dari koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak masuk akal. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.
“I'm your husband.”- Nadim Eijaz
“Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia.”- Aira Nadira
Gila!
Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima dari adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.
“Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadap dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku.”- Nurul
Aira tak mampu terima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz memperisterikan dia.
“Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz
Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sekarang.
“Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan.”- Aira Nadira
“Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz
Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?
Blurb Dia Masih Di sini
Pertama kali Qaireen bertemu Elman, jantung gadis itu berdegup laju. Dia sangka perasaan itu hanya sekadar suka. Namun saat mereka ditakdirkan bertemu lagi, Qaireen nekad untuk mendapatkan lelaki itu. Tapi tidak bagi Elman. Puas dia mengelak, tetapi bayang gadis itu tetap menghantui hidupnya.
“Ini ke cara awak dapatkan lelaki kaya?”- Elman Firdaus
“Betul. Itulah yang saya buat sekarang. Saya rasa, tuan yang terbaik dalam hidup saya. Tak salah saya mencuba dapatkan tuan.” – Qaireen Irsa
Usaha Qaireen membuahkan hasil apabila Elman sendiri melamarnya sebagai isteri. Kebahagiaan yang dibina oleh pasangan itu mula teruji saat hadirnya orang ketiga dalam hidup Qaireen. Lebih menyakitkan hati, rahsia Qaireen terbongkar menyebabkan Elman tak mampu terus hidup di sisi Qaireen.
Saat hubungan suci mereka terlerai, Qaireen seolah-olah baru tersedar daripada mimpi. Dia tak mampu kehilangan Elman. Kehadiran penghuni di dalam rahimnya, membuatkan Qaireen sangat memerlukan lelaki itu.
“Tak boleh ke abang terima Reen demi anak kita? Reen tak nak berpisah dengan abang. Reen nak besarkan anak ni dengan abang.”- Qaireen Irsa
“Abang minta maaf. Biarlah hubungan kita kekal begini.”- Elman Firdaus
Kehadiran Emir menguatkan semangat Qaireen untuk terus hidup walaupun tanpa Elman di sisi. Namun saat dia sudah mula reda, Elman menjadi milik gadis lain dan satu lagi perkara terbongkar. Dan kebenaran itu bukan saja menyakitkan hati Qaireen, tapi buat Elman juga.
“Kasih sayang abang dan cinta abang... masih ada di sini. Tak kira di mana Reen pergi, Reen akan bawa bersama.”- Qaireen
Mampukan cinta Qaireen mengembalikan Elman yang dulu? Dan rahsia apakah yang menjadi punca Elman tidak mampu kembali ke sisi Qaireen?